BLOG RASMI ARTGENG COLONY*

Blog ARTGENG COLONY ini berfungsi untuk  ahli artgeng terus di hubungkan silaturahimnya. Blog ini  menyenaraikan dan menghubungkan blog-blog artgeng yang sedia ada dan akan ada. 

Matlamat utama ialah andai kata FB tiada artgeng masih boleh hidup dan sentiasa ada hubungan antara ahlinya

APA ITU ARTGENG ?
Artgeng itu ialah Komuniti Seni Rupa.

Apakah itu Komuniti?
Kamus Oxford, [2004] mendefinisikan perkataan ‘community‘
sebagai satu kumpulan manusia yang tinggal di satu tempat; secara bersama dan mempunyai kepentingan. 

Menurut kamus Longman, [2000] ‘community‘
ialah sekelompok manusia yang tinggal di dalam suatu kawasan yang sama; berkongsi kerakyatan atau agama atau mempunyai kesamaan dalam sesuatu keadaan

Manakala Effat, [2001] menyatakan bahawa komuniti merupakan sebuah kumpulan manusia yang berkongsi berbagai aspek institusi seperti ekonomi, politik,sosial, corak kehidupan yang serupa seperti etnik, pekerjaan, gaya hidup, lokasi dan perumahan. Kumpulan komuniti ini berusaha untuk menjalinkan interaksi danperpaduan terhadap ahli-ahli yang lain, mewujudkan jalinan persahabatan, boleh berkongsi minat yang sama dan boleh bersama mengambil bahagian dalam pertubuhan yang sama.

APAKAH ITU KOMUNITI SENI RUPA (ARTGENG)
Komuniti Seni Rupa (artgeng) merupakan sebuah kumpulan manusia yang berkongsi berbagai aspek yang berkaitan seni rupa seperti minat, semangat, kemahiran, ilmu,gaya hidup, pengalaman, hasil karya, aktiviti, dan sebagainya. Di dalam komuniti seni rupa ini terkandung di dalamnya peminat, pengiat, murid, pelajar, guru, pensyarah, pengurus, pentadbir balai/galeri, , persatuan-persatuan, kumpulan-kumpulan kecil, dan sebagainya yang mempunyai hubungan antara satu sama lain atas nama seni rupa. Di dalam Komuniti Seni Rupa (artgeng) ini semuanya mempunyai hak yang sama untuk mempamerkan karya, menyatakan pendapat dan pandangan berkaitan seni rupa tanpa ada yang membataskannya dengan meletakkan standard-standard tertentu yang akan menyebabkan budaya perkongsian tersebut terbantut. Individu berminat yang baru belajar tidak perlu malu mempamerkan karya dan meminta pandangan manakala individu yang hebat sudi memberi pandangan yang membina dan sudi berkongsi ilmu dan pengalaman. Pihak-pihak tertentu dalam komuniti yang mempunyai kelebihan dan keupayaan tertentu sudi berkongsi peluang.

3 comments:

  1. salam sejahtera.. dan salam perkenalan

    art

    ReplyDelete
  2. salam sejahtera dan salam perkenalan juga

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum dan Salam sejahtera...semoga Artgeng lebih hebat dengan komuniti yang hebat dari komuniti untuk komuniti. Salam perkenalan.

    ReplyDelete